1 FEB 2017 – Peristiwa pagi ini di Lubuk Kawah, Teluk Renjuna Tumpat Kelantan.

Pagi ini telah selesai satu perjumpaan yang sangat penting. Perjumpaan dengan ibubapa penjaga dan pemandu bot tajaan kita semua untuk anak-ank ke sekolah di pedalaman.

Kita menyampaikan hasrat tuan/puan untuk membantu membiayai tambang bot bulanan anak-anak miskin ke sekolah.

Kita pastinya ingin melihat anak-anak ini rajin ke sekolah dan terus meningkatkan prestasi pembelajaran tanpa halangan yang remeh temeh.

Untuk pemandu bot, mereka bukanlah semata-mata pemandu tapi mereka juga bertindak sebagai pemberi semangat dan perangsang kepada anak-anak yang di bawa dengan bot masing-masing.

Terima kasih kepada individu-individu yang sering bertanya dan sangat prihatin tentang anak-anak di sini. Terima kasih Pengasas The 3rd Force Saudara Raja Shamri atau abang Raja yang menjadi pembakar semangat kami serta sentiasa menyokong penuh program bantuan anak-anak prihatin (Under Priveledged Kids) ini yang jumlahnya sudah melebihi 200 orang sehingga kini.

Terima kasih keluarga besar 3rd force atas kebersamaan ini.

We are the 3rd force
Together we are stronger

Jom jadi orang baik-baik

Saya Kak Yong melaporkan dari Pasir Pekan.

#the3rdforce
#jomjadiorangbaikbaik

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*