Kg Bahagia (Kuala Krai) – Semalam sukarelawan kita ke Kg Bahagia setelah di hubungi oleh Mat Jani, wakil 3rd Force kita di sana. Kg Bahagia terletak kira-kira 45 minit dari bandar Kuala Krai dan pengangkutan utama ke Kg Bahagia adalah menggunakan bot.

Menurut Mat Jani, masalah bekalan air bersih dari sistem tandak yang dibina penduduk dari bukit berdekatan  tidak sampai ke 6 buah rumah kerana sistem perpaipan melalui polypipe yang sedia ada rosak teruk di sebabkan banjir baru-baru ini.

Masalah tersebut semakin ketara apabila musim kemarau apabila tekanan air menjadi sangat perlahan. Penghuni adakalanya terpaksa menunggu sehingga jam 2 pagi untuk mendapatkan bekalan air bersih kerana pada masa itu sahaja bekalan air tersebut akan sampai d rumah mereka.

Penduduk mungkin memerlukan sambungan dan laluan baru untuk bekalan air bersih sampai ke rumah-rumah yang terlibat. Untuk tujuan itu banyak paip-paip poli yang berlainan saiz di perlukan. Laluan baru perlu dibina bagi air tersebut untuk sampai ke rumah-rumah yang berkenaan sama ada melalui lereng bukit atau sumber air dari punca mata air yang lain.

Kita di beritahu bahawa harga paip-paip poli tersebut sangat mahal dan penduduk kampung tidak mampu hendak menyediakannya dalam kuantiti yang banyak.

Jenis dan kuantiti yang di perlukan anggarannya adalah seperti berikut :-

1 1/2 inci = 5 gulung
1′ inci= 10 gulung

dan peralatan sambungan lain juga.

Selain daripada itu, kita juga di beritahu jalan yang kita bina di Kg Mambong telah rosak  dan runtuh akibat daripada banjir baru-baru ini.

Jambatan yang menghubungkan penduduk Kg Bahagia ke sekolah dan masjid juga telah rosak akibat daripada banjir baru-baru ini. Kita tidak mampu hendak baiki jambatan, jalan dan infrastruktur awam tersebut secara serentak sekaligus sebab kitapun tidak ada dana yang besar. Biarlah pos ini menjadi makluman kepada agensi-agensi yang terlibat untuk mempercepatkan bantuan untuk membaiki infrastruktur awam ini agar anak-anak dapat ke sekolah dan masyarakat dapat ke masjid serta urusan kerja seharian dapat di teruskan.

Bagi thirdforce program bantuan kita semuanya digerakkan hasil sumbangan awam. InsyaAllah jika Allah izinkan kita sama-sama bantu ya.

Tuan/puan tengoklah sendiri gambar-gambar yang kita sertakan disini. Terdapat lebih 1000 penduduk yang menghuni kampung bahagia dan kampung mambong di seberang sungai.

Jommm rebut saham akhirat masing-masing.

Bersama kita mampu mengubah lebih banyak kehidupan.
Hubungi saya Safuan 013-9617103 yang lead program bantuan di kg bahagia ini.

Nak sumbangkan paip polipun boleh.
Kami boleh pergi ambik insyaAllah …

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*