Gua Musang (Jumaat) – Ziarah team 3rd force Gua Musang ke rumah asnaf Orang Kelainan Upaya (OKU) Azura binti Mat Zin (30) yang mengalami sakit pada bahagian kaki akibat daripada tersepak kayu 3 bulan lepas.

Rawatan yang beliau dapat di klinik dan hospital menyatakan bahawa beliau mengalami “allergy”. Akibat dari sakit yang di alami, beliau dan suami Zulkarnain bin Yahya (39) tidak dapat bekerja.

Suaminya terpaksa menjaga anak beliau seramai 3 orang yang berusia 10,8 Dan 3 tahun. Anak bongsu mereka juga merupakan kanak-kanak istimewa. Puan Azura tidak dapat bergerak dengan selesa dan terbatas.

Anak beliau yang berumur 3 tahun masih bergantung pada susu lactokid dan pampers. Ini secara tidak langsung meningkatkan kos sara hidup mereka.

Mereka sebelum ini bekerja sebagai penjaja makanan char kuey teow di hadapan bank di Gua Musang. Mereka merupakan mangsa banjir 2014 yang telah mendapat bantuan rumah dari pihak berwajib.

Di harapkan siri-siri kunjungan seperti ini dapat meringankan beban beliau.

Jommm Jadi orang baik-baik.

Tura
3rd force Gua musang

Related Post

Leave us a reply

*

*