Update pembinaan rumah syurga Syukri di Kampung Enggang Kuala Krai.

Semalam biarpun disini cuti hari jumaat, sukarelawan kita bertugas menghantar kayu-kayu dan barang-barang hardware ke tapak pembinaan. Kerja-kerja pembinaan tertangguh 2 minggu di sebabkan banjir dan hujan lebat yang melanda kelantan baru-baru ini.

Bila begitu maka tukang-tukang kita juga tidak dapat bekerja dan pastinya sumber pendapatan mereka juga terjejaas. Maka kita mendapat permintaan dari tukang-tukang kita untuk bekerja jugak pada hari jumaat biarpun biasanya tidak ada orang bekerja pada hari jumaat di sini.

Kita akur dengan keperluan tukang-tukang kita serta sikap rajin dan komited mereka menjadikan kerja-kerja pembinaan kita menjadi lancar.

Teruskan sama-sama membeli saham akhirat masing-masing di sini. Doakan ya …

Semoga segala usaha kita di berkati Allah insyaAllah …

Untuk detail program bantuan ini hubungi Ali sukarelawan yang lead kes ini 017-242 8767

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*