Update program bantuan di Pulau Setelu Gua Musang

Hari ini sukarelawan thirdforce d Gua Musang telah mengunjungi pulau Setelu bagi melihat sendiri kawasan yang terputus hubungan darat kerana jambatan sementara Di sana tidak dapat di gunakan lagi akibat hanyut d bawa arus besar 2 minggu lepas.

Penduduk di sana sekarang menggunakan bot untuk menyeberang. Kebanyakan pelajar dari kampung Kala terpaksa menyeberang dan berjalan sejauh 3 km untuk sampai d sekolah berdekatan. Akibat dari jarak dan pengangkutan d seberang sana untuk ke sekolah, ramai pelajar yang tidak pergi ke sekolah sejak 2 minggu lepas.

Keadaan ini menyebabkan ramai pelajar tercicir pelajaran. Bagi penduduk dewasa pula untuk keluar ke Bandar mereka perlu mengangkat dan membawa motor bersama menaiki bot.. tambang bot bagi membawa motor ke seberang adalah RM10. Manakala bagi anak-anak sekolah RM2 Dan RM1 mengikut ketagori. Bermurah hati pemilik bot tidak mengenakan bayaran buat mereka yang susah.

Bagi penduduk yang tidak berkemampuan, adalah sukar untuk menghantar ank ke sekolah akibat dari jarak yang jauh dari jeti.

Adalah menjadi kemudahan jika dapat di sediakan kenaikan di sebelah Pulau Stelu untuk membawa anak-anak ke sekolah. Ini memberi kelebihan pada anak-anak Di kampung Kala untuk menyambung sesi persekolahan.

Thirdforce sedang merangka plan bantuan segera agar masalah ini dapat sama-sama bantu selesaikannya …

Doakan ya …

Saya Tura
Melaporkan dari Pulau Setelu
Gua Musang.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*