Sekolah Rendah Islam Darul Furqan, SRIDAF adalah sekolah rendah Islam pertama di Besut yang dibina dengan kasih sayang kita semua yang mahu melihat pendidikan anak-anak terarah kepada pendidikan Islam dan tahfiz.

Bilik darjah yang di naik taraf oleh sukarelawan kita siap diubahsuai disember lalu telah digunakan bagi sesi persekolahan baru tahun ini. Walaubagaimanapun pengudaraan yang kurang baik menyebabkan bilik darjah menjadi kurang selesa, lebih-lebih lagi waktu panas terik, tengah hari.

Hari ini Sukarelawan menambah exhaust fan supaya pelajar-pelajar dapat belajar dengan selesa hasil sumbangan kita semua keluarga besar thirdforce.

Tahniah dan bertuahlah semua yg telah membeli saham akhirat masing-masing di sini kerana pastinya saham akhirat berkekalan selama mana anak-anak ini belajar dan menggunakan ilmu yang di tuntut di sini.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*