Rabu 15 Febuari  2017, Setelah menerima satu laporan berkenaan Mek jah dan Pak Jusoh dari rakan sukarelawan, saya telah bertolak untuk menziarahi  Mek Jah & Pak Jusoh dan tiba lebih kurang pukul 6.30 petang di Temangan Machang.

Seperti maklumat yang diterima sebelumnya, kerusi roda amat diperlukan oleh Kak Mi untuk membawa emak mertuanya ke bilik air. Sebelum ini, suami Kak Mi iaitu anak kepada Mek Jah terpaksa mengangkat emaknya setiap kali hendak ke bilik air.

Kak Mi sangat terharu dengan kunjungan wakil THIRDFORCE Machang yang hadir bersama dengan sumbangan sebuah kerusi roda.

Kak mi ucapkan terima kasih kepada THIRDFORCE dan sukarelawan THIRDFORCE Machang yang sudi membantu.

 

 

Attachments
  • kerusi-roda-mek-jah-1

Related Post

Leave us a reply

*

*