Update terkini suasana petang di Perumahan The 3rd Force Batu Balai:

Keadaan pada waktu petang anak-anak bermain sepak takraw bagi mengisi masa lapang dan mengeratkan hubungan kasih sayang sesama mereka.

Pada waktu malam pula, masa anak-anak di isi dengan program keilmuan dan kerohanian . bermula selepas solat magrib secara berjemaah dan mengaji al-Quran serta berakhir solat isyak berjemaah. Dengan adanya program kerohanian ini, anak-anak akan lebih bermotivasi dan mengetahui mana yang baik dan buruk.

Hari minggu pula,waktu pagi anak-anak bersama-sama memasang pukat untuk menangkap ikan. Apabila dapat ikan,mereka akan bakar dan makan bersama-sama. Kerjasama erat ini amat penting kerana ia mampu memberi kekuatan kasih sayang yang luar biasa.

Begitulah rutin harian anak-anak disini.Mereka hidup dengan gembira dan penuh dengan kasih sayang sesama mereka.

Mereka mempunyai satu slogan menarik ‘ Susah sama susah,senang sama-sama’.

Saya Sauti

Sukarelawan

The 3rd Force

Bandar Kuala Krai melaporkan di Perumahan 3rd Force Batu Balai.

17 Februari 2017.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*