19 Febuari 2017, The ThirdForce Lipis bersama Yayasan Al-Khalifah menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan buat saudara-saudara kita iaitu masyarakat orang Asli di Kg Rakoh,Pos Lenjang, Kuala Lipis Pahang. Seramai 50 orang asli telah dibantu dan rata-ratanya adalah kanak-kanak antara bantuan yang diberikan ialah makanan segera seperti roti, pakaian, alat tulis, keperluan harian dan sebagainya. Di Kg ini mempunyai lebih 50 keluarga orang asli.

perjalanan menuju ke Kg tersebut agak mencabar memandangkan jalan rosak teruk,hanya boleh dilalui menggunakan pacuan empat roda dan memakan masa 2 jam setengah untuk sampai ke lokasi. THIRDFORCE sentiasa membantu dan tidak pernah memingirkan mereka khasnya kerana mereka juga sangat perlukan bantuan daripada masyarakat Malaysia.

Terima kasih buat para penyumbang,semoga Allah memberkati buat semua insha Allah. Walaupun bantuan ini tidak banyak tapi sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang pedulikan dan ambil tahu akan kebajikan mereka disana. semoga lebih ramai agensi-agensi dan NGO yang lain turut serta bersama-sama bagi meringankan beban mereka.

dari saya
Zulkifliy
Third Force lipis

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*