20 Februari 2017 – Negeri sebelah pantai timur menjadi sasaran bagi Malaysian Institute Of Management (MIM) untuk melaksanakan program berbentuk pembangunan usahawan.

Kerjasama antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Pengkalan Chepa dengan MIM dapat merealisasikan program ini terutama di negeri Kelantan.

Mengapakah negeri sebelah pantai timur menjadi sasaran MIM untuk melaksanakan program berbentuk seperti ini !!!!!!. Hal ini kerana pencetus idea iaitu Dr Raja Shamri bin Raja Husin merupakan pakar dalam motivasi dan penggerak kerja2 kemanusia dan kesukarelawan di kelantan merupakan salah seorang usahawan. Beliau merupakan trainer untuk program usahawan graduan di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

Secara langsung, beliau terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menolong asnaf dan orang-orang miskin menyebabkan tercetusnya idea untuk menaiktaraf golongan ini.

Oleh itu, dengan adanya MIM dan UMK dapat menjadi batu lonjatan dalam membuka minda golongan miskin untuk menarik minat menjalankan perniagaan.

28 Mac 2017 nanti merupakan program pertama yang dijalankan di negeri pantai timur. Program ini percuma, jadi mari kita sertai program ini dengan harapan kita mendapat maklumat tentang perniagaan yang ingin dijalankan nanti.

UMK kampus Pengkalan Chepa merupakan salah satu IPT yang banyak melahirkan graduan usahawan yang berjaya. Pengalaman ini juga dikongsi dalam program ini nanti.

#JomJadiOrangBaikbaik
#ZeroToHero
#MIM
#UMK

Related Post

Leave us a reply

*

*