23 Februari 2017 – Hari ini sukarelawan sempat menghantar lori kepada tukang-tukang kita di tapak Villa Syurga Shukri di Kampung Enggong, Kuala Krai.

Kemudian sekarelawan meneruskan perjalanan ke Kampung Karangan untuk sesi lawatan pelajar dan pensyarah dari Kansai University Jepun, pelajar universiti dari indonesia dan juga dari UUM untuk melihat dan ziarah asnaf serta menjalinkan kerjasama dua hala bersama thirdforce dalam kajian pengurusan bencana.

Kisah Syukri pernah diviralkan dalam Facebook Abngraja awal tahun 2017 dulu. Syukri,23, anggota kontrak dengan Angkatan Pertahanan Awam, APM Kuala Krai. Beliau juga sukarelawan ThirdForce yang tinggal menumpang di rumah usang ini bersama dua orang tuanya.

Sudah setahun ibunya terlantar lumpuh sebelah badan. Ayahnya bekerja di kilang sawmill dengan gaji RM13 sehari. Elaun yang di terima dari tugasan kontrak bersama APM itulah yg beliau gunakan utk membantu ayah dan ibunya yg uzur. Anak muda ini tidak keluar jauh ke kota utk dapatkan kerja demi utk menjaga si ibu yg uzur juga ayahnya yg seringkali tidak sihat.

Kini, pembinaan rumah Shukri hampir siap sepenuhnya dan hari ini tukang-tukang kita sudah mula mengangkat barang binaan dari tapak rumah ke Depot THIRDFORCE.

Insya Allah, sehari dua lagi kita boleh mula bergotong-royong mengecat,membersih kawasan rumah dan membuat pendawaian.

Setelah tamat sesi lawatan deligasi UUM di Kg Karangan, sukarelawan bergotong-royong menurunkan barang binaan di Depot THIRDFORCE, walaupun penat seharian berprogram di Kampung Karangan.

Teruskan sama2 membeli saham akhirat masing-masing di sini. Doakan ya …

Semoga segala usaha kita di berkati Allah insyaAllah …

TOTAL VIOLUNTEERING HOURS TODAY : 15 jam

Untuk perincian program bantuan ini hubungi Ali sukarelawan yang lead kes ini 017-242 8767

We are the THIRDFORCE

Together we are stronger

Muhamad Hariri

Sukarelawan THIRDFORCE

Attachments
  • villa-syurga-syukri-1
  • villa-syurga-syukri

Related Post

Leave us a reply

*

*