28 Februari 2017 – Hari ini, saya dan Safuan menemani Abangraja ke Muadzam, Pahang, untuk program esok di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Perjalanan berbaki 200 km atau lebih kurang 2 jam lagi untuk sampai ke destinasi. Sakit pinggang Abangraja masih belum pulih sepenuhnya.

Abangraja terlelap sekejap, mungkin mengantuk sebab makan ubat tadi. Minggu ini jadual Abangraja lebih padat daripada kebiasaannya, tak cukup rehat kot.

Esok, Abangraja dijemput untuk menyampaikan Ucaptama (Keynote Speech) dalam INTERNATIONAL SYMPOSIUM & EXHIBITION ON BUSINESS AND ACCOUNTING 2017 (ISEBA 2017).

Topic yang akan diulas oleh Abangraja esok ialah Green Growth Strategy and sustainable development.

Ucaptama esok amat penting kerana ianya akan menentukan perjalanan ISEBA pada kali ini.

Semoga Abangraja diberi kesihatan untuk menggalas amanah yang diberikan kepada beliau esok. Doakan ya ..

Muhamad hariri
Sukarelawan THIRDFORCE
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
6.45 PM.

Related Post

Leave us a reply

*

*