1 mac 2017, Kg Gong Garu

Setiap kali menziarahi moksu, hati kami terasa sebak. Alangkah gembira rasanya jika dapat buat nenek tua ini senyum kembali dan bantu dia jalani hidup seperti insan lain. Sukar kami bayangkan jika berada di tempat beliau, bagaimanalah dia boleh teruskan hidup dalam sebegini.

Bayangkanlah betapa beratnya ujian yang harus dihadapinya seorang diri. Penglihatannya sudah lama kabur dan sekarang semakin teruk. Dia hanya mampu meraba-raba untuk mencari sesuatu. Bezanya dia dengan kita ialah dia tidak pernah mengeluh dengan hidupnya. Apa yang paling menyentuh hati ialah setiap kali dia mengucapkan terima kasih kepada kami, air matanya akan menitis. Beliau sebak, kerana sangat terharu dan merasakan macam masih ada yang perihatin terhadapnya.

Hari ini beliau hanya mengadu sakit lutut dan perlukan tukang urut. Kami tahu, bukan itu sahaja yang diperlukannya. Di usia sebegini, harta kekayaan sudah tidak bernilai tetapi kasih sayang dan teman untuk berbicara. Seseorang untuk menjaga makan, minum, mandi dan pakaiannya. Bantu lah beliau dekatkan diri dengan agama..

Mungkin ada hikmah di sebalik kehadiran Moksu dalam hidup kita semua. Jika kita masih ingat tentang kisah arwah Pak Lah sebelum ini yang sama-sama kita bantu.

Datanglah ziarah moksu.

Saya Ramadhan

Sukarelawan Thirdforce

Kg Gong Garu

Pasir Puteh.

Attachments
  • 1-mac-2017-kg-gong-garu-1

Related Post

Leave us a reply

*

*