Assalamualaikum wbt..

Bagi yang mengenali Puan Siti Nur Hamidah Binti Rozimin, beliau telahpun meninggalkan kita semua pukul 1.40 tghari 1.3.2017. Berita ini baru sahaja diterima pada pagi ini 3.3.2017.

Pn. Hamidah menetap di Wakaf Tengah, K. Nerus, Terengganu. Merupakan ibu tunggal kepada 3 orang anak lelaki (7 thn, 4 thn & 1 thn 5 bln). Beliau telah menghidap kanser darah leukimia selama 13 tahun (telah berulangkali menjalani rawatan kimoterapi, tetapi penyakit kembali menyerang 3x). Beliau juga telah dimasukkan semula ke hospital (HUSM Kubang Kerian) pada 12 Jun 2016 atas keadaan kesihatan yg kurang stabil. Namun, rawatan kimoterapi tidak dapat diteruskan kerana membahayakan jantung beliau. Justeru, doktor memberikan rawatan palliative care ketika itu.

Beliau & anak-anak menetap bersama ibu (juga ibu tunggal) yang bekerja sebagai pekerja pembersihan bagi menampung kos sara hidup mereka. Perbelanjaan termasuk sewa rumah, kos pengangkutan (motor) ulang alik bekerja ibu beliau, elektrik, air, persekolahan anak2 & belanja harian yang kadangkala tertunggak kerana kekangan kewangan. Beliau sendiri pernah cuba bekerja, namun terpaksa berhenti disebabkan keadaan kesihatannya yg semakin teruk.

Mengimbas kembali, pada 24 Jun 2016, sukarelawan 3rdF Machang buat pertama kalinya telah menziarahi beliau setelah beliau membuat satu posting meminta bantuan melalui FB berkenaan kesempitan hidup berikutan masalah kesihatannya. Antara bentuk bantuan yang telah disampaikan hasil sumbangan org ramai dan sukarelawan adalah wang ringgit serta barangan keperluan peribadi bagi meringankan beban Pn. Hamidah sekeluarga.

Kini, tiada lagi bentuk bantuan yg dpt diberikan selain doa buat arwah yg telah dijemput Ilahi. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yg beriman.

Amin..

– Pn. Salliza, 3rdF Machang.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*