3rd Force Rantau Panjang

Setiap kali 3rd Force meninjau kawasan kita akan bertemu dengan kediaman yang daif, ibu-ibu tunggal miskin dengan anak yang ramai, anak-anak yatim kurang pembelaan dan OKU. mereka terkapai-kapai tanpa bantuan. Jangan lupa untuk¬†bersama Warga 3rd Force yang rumahnya mempunyai semua golongan-golongan ini “all-in-one”.

Ceritanya:

Hari ini 3 March 2017, Jam 9 pagi, kami seramai 9 orang sukarelawan 3rd Force Rantau Panjang diberi kelapangan masa untuk menziarahi keluarga Puan Azizah atau lebih dikenali sebagai Cik Jah.

Di rumah pusaka peninggalan orang tua beliau yang usang dan lusuh itulah Cik Jah dan 13 beranak ini berteduh dan membesar. Walaupun serba kekurangan, keluarga besar ini hidup dengan bahagia. Namun episod sedih bermula selepas tulang belakang keluarga iaitu suami Zalani Ali , meninggal dunia setahun yang lalu setelah menghidap strok hampir 2 tahun. Hati keluarga ini remuk bila suami dan juga ayah meninggalkan kehidupan mereka.

Dalam kekalutan mereka menelan dugaan Allah yang berat. Bagaikan satu-satunya pelita yang mereka miliki dihembus padam dengan tiba -tiba kehidupan mereka tampak gelap dan mereka terumbang- ambing kehilangan satu-satunya pembela dan sumber pendapatan keluarga.

Namun, beliau perlu gagah demi 12 orang anakya yang kini yatim perlu dibela. 3 orang diantara anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran kerana melahirkan sendiri dirumah bersama suami pada ketika itu. Oleh sebab ini juga, mereka tidak dapat menghadiri sesi persekolahan.

Dengan hati yang berat dan sayu ibu ini gagahi merayu: “maafkan ibu nak, terpaksa tidak bersekolah demi menjaga adik”. 3 orang anakya tidak bersekolah dan menjaga adiknya sementara beliau keluar mencari rezeki. Mereka menyimpa keinginan untuk memasuki sekolah tahfiz demi ilmu dan masa depan keluarga.

Puan Azizah keluar bekerja seawal jam 2 pagi dan pulang pada jam 6 petang. Upah diperolehi oleh beliau hanya RM30 sehari. Hasil pendapatan dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan itulah digunakan untuk menyara anak-anak. ada yang bersekolah berbekalkan wang saku RM2 dan hanya mempunyai sepasang seragam sekolah.

Sayu hati menitis air mata. Kecekalan seorang insan bergelar ibu memerah kudrat menjaga keluarga sebaik mungkin.

Ini semua dugaan yang Allah berikan pada keluarga Cik Jah. Allah ingin mendengar rintihan hambanya.

Ayuh sama-sama kita membantu tidak kira dari segi kewangan ataupun tenaga, tidak kira macam mana cara yang kita termampu dan macam macam idea lagilah untuk membuat kebajikan.

Jalan terakhir, harap tuan-tuan dan puan-puan mendoakan kami serta semua diberi rahmat dan kesihatan untuk terus membantu.

Amiin

Hubungi Nik Syahira ( 014-5467322 ) untuk informasi berhubung program bantuan kepada Puan Azizah ( 019-9905401 )

Nik Syahira

Sukarelawan 3rd Force Rantau Panjang

#WeAreTheThirdForce

#TogetherWeAreStronger

#JomJadiOrangBaikBaik

Attachments
  • hulurkan-tangan-ringankan-beban-2
  • hulurkan-tangan-ringankan-beban

Related Post

Leave us a reply

*

*