3 Mac 2017 – Deligasi THIRDFORCE dari Pasir Puteh yang diketuai oleh Abangraja dan 13 orang sukarelawan bertolak pada pukul 10 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Pasir Puteh ke Manjung, Perak.

Kami tiba di Kompleks Pendidikan Manabil’ul Ulum pada jam 5 petang. Selepas itu, kami dibawa ke rumah rehat “homestay” untuk berehat dan membersihkan diri.

Abangraja dan sukarelawan sempat solat maghrib berjemaah di surau Kompleks Pendidikan Manabil’ul Ulum. Selesai solat, Ustaz Syed selaku Mudir disana dan ketua bagi THIRDFORCE Perak, menjemput Abangraja menyampaikan sedikit tazkirah atau perkongsian kepada pelajar-pelajar disana.

Abangraja memberi sedikit nasihat dan motivasi kepada adik-adik disana sebagai pemangkin semangat mereka untuk belajar. Perkara yang Abangraja tekankan dalam perkongsian tersebut, supaya adik-adik pelajar disana jadi orang baik.

Sukarelawan THIRDFORCE, Ramadan juga sempat berkongsi pengalaman beliau ketika bersama-sama dalam misi kemanusian THIRDFORCE.

Selepas sesi perkongsian tersebut, kami menunaikan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh salah seorang pelajar disana.

Program berakhir pada jam 10.45 malam dan kami pulang ke “homestay” untuk berehat. Semoga semua pelajar dapat mengambil memanfaatkan sepenuhnya apa yang dikongsikan oleh Abangraja pada malam ini.

THIRDFORCE Perak akan dilancarkan secara rasmi esok di Kompleks Pendidikan Manabil’ul Ulum.

Semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis esok.

Mari kita sebarkan gelombang Jom Jadi Orang Baik-Baik sejauh mungkin.

Muhamad Hariri

Sukarelawan THIRDFORCE

Kompleks Pendidikan Manabil’ul Ulum

Batu 10 Lekir, Sitiawan, Perak.

Attachments
  • pelancaran-thirdforce-perak

Related Post

Leave us a reply

*

*