6 Mac 2017 – MRSM Pengkalan Chepa memberikan banyak kenangan manis dan pahit kepada Abangraja. Kenangan ini menjadikan Abangraja tabah menempuh dugaan dan cabaran dalam hidup beliau.

Hari ini Abangraja dijemput kembali ke sini semperna Minggu Aktiviti MRSM untuk memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar disini.

Perkongsiaan Abangraja hari ni beliau menekankan supaya semua pelajar jadi orang baik-baik dan kejayaan itu tidak dapat dicapai, kecuali dengan Ehsan Allah.

Semoga pelajar yang berpeluang mendengar sedikit perkongsiaan daripada Abangraja, mendapat manfaat dan semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar disini.

Hari ini juga Abangraja berpeluang untuk bertemu dengan guru-guru yang pernah mengajar beliau. Beliau juga sempat menghadiahkan buku beliau, cetakan ke empat Jom Jadi Orang Baik-baik. Turut hadir bersama junior Abangraja saudara Ir Meor yg juga Pengerusi Muafakat MRSM.

2 hari lepas abangraja di anugerahkan Anugerah Tokoh Ansara Malaysia oleh Persatuan Bekas Pelajar MRSM yg turut di hadiri ramai tokoh-tokoh dan negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara.

Saya Hariri melaporkan.

Pengkalan Chepa

Kelantan.

Attachments
  • minggu-aktiviti-mrsm

Related Post

Leave us a reply

*

*