9 Mac 2017, Hari ni sukarelawan thirdforce sebahagian darinya menyambung kerja mengecat rumah syukri unuk projek Villa Syurga Anak Soleh Syukri. Perhatikanlah anak-anak muda ini yang setiap hari menginfaqkan masa dan tenaga untuk membantu asnaf dan mereka yang memerlukan.

Majoriti mereka adalah graduan universiti pe lbagai bidang yang memilih untuk menyerap suasana kerja yang pelbagai dan menolak sentimen egoistik dan pradigma songsang untuk kerja glamer di bandar besar dalam bilik aircond bertali leher.

Mereka adalah sukarelawan thirdforce sepenuh masa yang bertalaqi dengan saya tentang kemanusiaan dan keberkatan rezeki.

Subhanallahhh … semoga Allah berkati anak-anak muda ini.

Sebahagian lagi dari mereka uruskan penghantara jentera berat Case (Backhoe) yang diinfaqkan oleh saudara Nizar. Sukarelawan thirdforce Saudara Adi pula hari ni bertugas membawa Adik Qahar yang cacat kedua2 belah kaki dan atuknya ke KL
untuk fitting pelapik lutut peralatan sokongan beliau. Adi dan adik Qahar di jangka tiba di KLIA lepas maghrib dan bakal di jemput oleh Hariri dan Ewan yang telah bertolak lebih awal dari Kelantan untuk menyambut mereka di KLIA.

Hariri dan Ewan akan menemani abangraja untuk talk di UIA esok manakala sukarelawan Thirdforce KL Wan Sahidallah pula akan take over uruskan adik Qahar esok.

Begitulah setiap hari kita saling bantu membantu dan berkoordinisasi dalam kapasiti masing-masing untuk membantu asnaf.

Terima kasih kerana terus istiqamah bersama-sama membantu usaha kemanusiaan ini. Kalianlah yang menjadikan usaha ini satu kenyataan. Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya.

Doakan ya …

Attachments
  • tolak-sentimen-egoistik
  • tolak-sentimen-egoistik-2

Related Post

Leave us a reply

*

*