Gelombang kasih sayang The 3rd Force telah membuka pintu hati masyarakat di negara ini untuk saling membantu antara satu sama lain. Selepas banjir besar “bah kuning” 2014 di negeri sebelah pantai timur khususnya, pelbagai bentuk bantuan dari masyarakat seluruh malaysia di berikan kepada Third Force bagi membantu mereka yang memerlukan.

Salah satu contohnya, Allah SWT telah menghantar beberapa insan kepada Third Force dimana mereka telah infakan kenderaan pacuan 4 roda @ 4×4 untuk digunakan sebagai salah satu bentuk penyaluran gelombang kasih sayang selain daripada sumbagan berbentuk wang ringgit, barangan dan sebagainya.

Dengan adanya kenderaan pacuan 4 roda tersebut, ia memudahkan lagi pergerakan kami untuk misi kemanusian.

Terima kasih buat semua.

Saya Fariq
#jomjadiorangbaikbaik

Related Post

Leave us a reply

*

*