Assalamualaikum… Pada Sabtu 11/03/17… THIRDFORCE Kota Bharu ke Kg Baru Nelayan di Tumpat… Menyantuni seorang ibu tunggal… Pn Rodiah Hussin – 39th…OKU buta mata kiri) dan 3 orang anaknya.

Pekerjaan membuat kuih dengan pendapatan RM 20 sehari dan bantuan JKM RM 350 sebulan… Jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung sewa rumah RM 200 sebulan, bas sekolah anak-anak RM 70 sebulan dll keperluan harian.

Awal tahun ini doctor nasihatkan untuk menjalani pembedahan manik mata kanannya bagi mengatasi masalah rabun (katarak).

Beliau tidak mahu menjalani pembedahan kerana memikirkan masalah kewangan… Siapa yang Nak menanggung keluarga nya jika día tidak boleh bekerja… Sekarang ini Walaupun dalam keadaan rabun día gagahkan diri buat kuih dan hantar sendiri ke kedai kopi menggunakan motorsikal peninggalan aruah suami – Kini motorsikal itu juga rosak dan perlu dioverhoul enjinnya.

Pernah ada wakil seorang Datuk… atang untuk ambil anak bongsunya Nur Idayu 3th… Untuk dijadikan anak angkat dan menawarkan RM 20k tunai sebagai ganti… Día menolaknya… Baginya día rela hidup Miskin… Selagi día berdaya día akan
Jaga anak2…

Semasa kunjungan kami… Nur Idayu begitu keletah dan manja dgn Tn Hj Kamaruddin… Jelas sekali día rindukan aruah ayahnya… Tapi yg paling menyentuh hati bila ditanya bila besar Nak Jadi apa? Día dgn petah menjawab “Nak Jadi doctor… Sebab nak ubat mata mak biar boleh tengok semula ” Allahuakbar…

Sehubungan dgn itu, pihak kami bercadang utk membantu Pn Rodiah utk membaiki motorsikal dan berjanji utk membantu dari segi kewangan utk menjalani pembedahan matanya…

Mari sama2 kita pakat bantu sikit sorang utk Sama2 menambahkan saham akhirat kita… Jom pakat jadi orang baik baik…

Bagi yg ingin membantu boleh hubungi saya Cikgu Wan Zairi 0139329821.

Attachments
  • asnaf-rodiah-hussin-1

Related Post

Leave us a reply

*

*