15 Mac 2017- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim adalah salah satu sekolah yang banyak melahirkan pelajar-pelajar cemerlang di Kedah.

Pada hari ini, Abangraja dijemput untuk pertama kali bagi memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Abangraja berkongsi pengalaman dan apa yang pernah dilakukan oleh beliau ketika di alam persekolahan. Antaranya, beliau tidak segan untuk bertanya soalan kepada guru, walaupun dikutuk oleh rakan-rakan. Ini dapat melatih kita lebih yakin untuk bercakap.

Selain itu, apa yang perlu diambil perhatian dewasa ini adalah sikap hormat kepada guru yang semakin lusuh dalam diri generasi ini.
Sikap hormat kepada guru ini perlu dipupuk kembali supaya ilmu yang diajar oleh guru-guru kita berkat dan pelajar mudah faham ilmu tersebut.

Intipati dari ceramah motivasi yang disampaikan oleh Abangraja pada hari ini adalah supaya semua pelajar menjadi orang baik-baik. Ini kerana kejayaan tidak dapat dicapai tanpa izin dari yang Maha Kuasa.

Semoga semua pelajar dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Abangraja, seterusnya mengamalkan dalam hidup seharian sebagai seorang pelajar.

“العلم بل عمل كالشجرة بلا ثمرات”

“Ilmu tanpa beramal, seperti pohon yang tidak berbuah”

Saya Hariri melaporkan
SM Sultan Abdul Halim
JITRA, KEDAH.

Attachments
  • ceramah-sm-sultan-abdul-halim

Related Post

Leave us a reply

*

*