PASIR PUTEH 17 Mac 2017- Hari ini, Abangraja di minta untuk memberi sedikit perkongsian di masjid mukim Wakaf Bunut sementara menuggu solat jumaat.Topik yang dipilih untuk dikongsikan pada hari ini berkisar kepada seruan mengajak orang berbuat baik.

Dalam tazkirah tersebut, Abangraja menasihatkan supaya budaya saling tegur menegur sesama anak-anak mukim yang melakukan sesuatu perkara yang tidak elok di budayakan semula. Tapi kita perlu menegur mereka dengan budi bicara yang elok, jangan tegur untuk memalukan mereka. Ini dapat menjaga kampung kita dari tersebarnya perkara negetif dalam masyarakat.

Selain itu, Abangraja juga menerangkan bahawa kita perlu berbuat baik dengan semua orang dengan orang yang paling hampir dengan kita iaitu isteri kita dengan memberi nafkah kepadanya, mandi bersama, buat isteri gembira dsbg. Ini diikuti berbuat baik kepada anak2, jiran dsbg.

“Kalau ramai orang baik di sesebuah kampung, orang jahat malu nak buat jahat”, tambah Abangraja lagi.

Program perkongsian dari abangraja seperti ini sangat di nantiksn oleh masyarakat kampumg kerana abangraja jarang berpeluang utk berceramah di tempatnya sendiri lantaran memenuhi jemputan ceramah di seluruh negara sejak 16 tahun yg lepas.

firman Allah:

“Demi masa.(1)Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.(2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.(3)”
(QS. Al ‘Ashr).

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*