Alhamdulillah dengan selesainya kerja pendawaian Villa Syurga Anak Soleh Syukri awal pagi ini, kiranya projek ini sudah siap sepenuhnya.

Kita serah terus rumah ni kepada Syukri dan ibunya yang uzur serta ayahnya. Tiada majlis penyerahan dan tiada majlis makan2.

Sukarelawan kita, Ali,Hassan dan Arif memilih untuk kerja di waktu malam utk kerja2 wiring malam tadi disebabkan cuaca sekarang pada waktu siang terlalu panas.

Syukri dan keluaganya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terlibat membantu keluarganya. Semoga amalan kita yang sedikit ini diterima Allah S.W.T

Kerja wiring dan mengecat berakhir jam 1 pagi malam tadi.

Terima kasih Malaysia
Terima kasih keluarga besar thirdforce
Terima kasih Allah

Laporan dari Ali
Kuala Krai.
18/3/2017
1 pagi.

Attachments
  • villa-syurga-anak-soleh-syukri-2

Related Post

Leave us a reply

*

*