JOHOR BHARU 19 Mac 2017, Ahad – Hari ini The 3rd Force dijemput hadir ke Program Rasuk Johor 2017. Program ini mengumpulkan NGO yang bergiat aktif di Johor.

Program hari ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor di Holiday Villa Hotel Johor Bahru.

Banyak pengalaman dan tip-tip yang dikongsikan oleh jurucakap yang hadir pada hari ini. Selain itu, Abangraja juga dijemput untuk memberi sedikit perkongsian tentang pengalaman beliau dalam misi kemanusiaan.

Hari ini Abangraja berkongsi  tentang cabaran yang dihadapi untuk membantu asnaf atau golongan yang memerlukan. Antaranya, ada segelintir asnaf yang menipu untuk mendapatkan bantuan. Ada juga apabila kita bantu mereka kita difitnah mengambil duit mereka dan macam-macam lagi kerenah asnaf yang dihadapi oleh sukarelawan.

Walaupun ianya hanya segelintir namun sukarelawan perlu bersabar dan teruskan misi dgn niat yg betul. Sesungguhnya ramai lagi asnaf yang baik2 yang masih berterima kasih dengan bantuan yang di terima.

Kita bantu orang bukan nak selesaikan masalah mereka, tapi untuk cari saham akhirat kita masing-masing, ujar Abangraja lagi.

Hari ini juga Abangraja secara rasminya melancarkan THIRDFORCE JOHOR yang akan mengetui gerakan Jom Jadi Orang Baik-Baik ini di NEGERI JOHOR.

Sebelum ini, gerakan THIRDFORCE telah ada di Johor iaitu sekitar Kota Tinggi dan beberapa tempat lain. Gerakan yang diketuai oleh Saudara Elias ini, bergerak dengan skala kecil di kawasan masing-masing.

Insya Allah, dengan adanya THIRDFORCE NEGERI JOHOR dapat membantu Saudara Elias dan rakan-rakan untuk sama-sama menyebarkan gelombang Jom Jadi Orang Baik-Baik di Johor.

Semua kumpulan2 gerakan kemanusiaan yang bergerak pada skala kecik sebelum ni boleh beegabung di bawah satu aspirasi yang sama THIRDFORCE JOHOR yang bakal di ketui oleh Dr. Baharudin dari yayasan zaaba.

Selain itu, sukarelawan THIRDFORCE diberi peluang untuk membuka “booth” bagi menjual buku Jom Jadi Orang Baik-Baik dan T-shirt THIRDFORCE dalam program hari ini. Peserta yang hadir hari ini, tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi “booth” THIRDFORCE bagi memiliki Buku JJOB dan juga T-shirt rasmi THIRDFORCE.

“Saya baru baca sikit buku JJOB itupun sudah menyedarkan saya akan kerja-kerja amal The THIRDFORCE dan juga tip untuk jadi orang baik-baik” kata salah seorang pekerja hotel yang sempat melihat buku tersebut sepintas lalu.

#JomJadiOrangBaikbaik
#RasukJohor2017
#The3rdForce

Laporan oleh Ridzuan
19 Mac 2017
JOHOR BHARU.

Attachments
  • program-rasuk-di-johor-bharu-2
  • program-rasuk-di-johor-bharu-1

Related Post

Leave us a reply

*

*