Tay Ninh, Vietnam –

Solat zohor di Masjid Nurul Iman hari ini ternyata agak berbeza dengan hari sebelumnya bilamana ruang solat hampir penuh dengan jemaah muslimin yang datang solat berjemaah zohor.

Ramai yang meninggalkan sementara kerja-kerja di kebun dan sawah semata-mata untuk sama-sama berjemaah dengan wakil 3rd Force dari Malaysia.

Kebanyakkan dari mereka ingin menzahirkan rasa gembira dengan komitmen 3rd Force pada bulan lepas yang bersetuju menyumbangkan dana untuk memperbaiki dan memperindahkan Masjid Nurul Iman yang sekian lama berada dalam serba kekurangan lantaran kekangan kewangan masyarakat Islam di sana.

Komitmen yang di berikan oleh Abe Raja tempoh hari cepat tersebar di kalangan masyarakat setempat. Justeru ramai yang datang bersegera ke Madrasah Nurul Hidayah yang terletak bersebelahan Masjid Nurul Iman sebentar tadi dengan harapan untuk bertemu dengan Abe Raja namun mereka akur dengan penjelasan wakil 3rd Malaysia bahawa beliau mewakili Abe Raja bagi menyampaikan sumbangan tempohari dan juga bagi memastikan persiapan serta gerak kerja di buat sebagaimana yang di persetujui.

Alhamdulillah kerja-kerja awal membersihkan bahagian-bahagian reput, rosak dan luntur telah siap. Manakala kerja-kerja mengecat bahagian dalam hampir siap sepenuhnya.

Dengan tenaga kerja seramai 3 orang, di jangkakan proses membaik pulih Masjid Nurul Iman ini akan siap dalam masa 10 hari dari sekarang.

Wakil 3rd Force Malaysia telah menyerahkan sejumlah wang tunai kepada Ustaz Safirin yang juga merupakan wakil 3rd Force Vietnam dalam satu majlis ringkas di Madrasah Nurul Hidayah yang di jadikan ruang solat sementara menantikan proses baik pulih masjid siap sepenuhnya.

Semoga seruan Jom Jadi Orang Baik-Baik tersebar meluas di bumi Ho Chi Minh ini agar komuniti Muslim yang minoriti cekal dan komited untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka dengan sokongan padu warga 3rd Force khususnya dan warga Malaysia amnya.

Laporan Helmi dari Tay Ninh, Vietnam @ 1615hrs.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*