Abang Azhar … Seorang pakar kerja tangan seni kulit yg cacat kedua belah kaki … Individu bertanggungjawab membuat pelapik lutut adik qahar … Kedua2 belah kakinya juga kudung paras paha …

Isteri juga lumpuh kedua belah kaki..

Anak 7 orang sorang oku.

Jual soya sbgai sumber pendapatan keluarga di pasar2 malam dengan kerusi roda … Sangat di segani atlete paralimpik negara atas nasihat dan bantuan yg beliau berikan sekian lama … Seorang otai tanpa kaki yg berprinsip … Seorang pejuang keluarga yg tidak meminta minta …

Pernah beli rumah kos rendah unit tingkat bawah tapi di tipu pemaju dan pihak bank. Rumah yg di beli rupa2nya tgkat 4. Takde lif. Tak boleh naik tangga. Sangat tak berhati perut. Takkan tak boleh pikir individu ini tak ada kaki dan beliau memohon unit tgkat bawah … kenapa perlu di tipu insan tak berdaya ini?!!

Beliau tak nak bayar sbb bukan rumah tu yg dia beli. Akhirnya  beliau diisytihar muflis. Kalu bayarpun dia tak boleh naik tangga tinggi ke tingkat atas. Beliau berjuang turun naik bank, syarikat pemaju dan orang politik tapi suaranya suara rakyat marhaen. Tiada siapa yg dengar. Kalau dengarpun tiada siapa yg kesah.

Terkini beliau di beritahu kesnya sudah ke insolvensi. Beliau di minta bayar RM2000 utk bukak kembali kes … Abang Azhar terduduk dan pasrah. Sesuap nasi anaknya lebih penting. Sewa rumahnya juga perlu di bayar. Dan jualan soyanya juga tak seperti dulu …

Pernah beberapa tahun lepas Tv3 bg hadiah pergi umrah tapi beliau terpaksa di batalkan sebab muflis. Nama naik di insolvensi. Rumah beli harga 21k tahun 90an. Kini hutang dah jadi RM40K lebih.

Beliau merayu agar di benarkan utk ke Mekah sekejap agar namanya di izinkan ke tanah suci biarpun di isytiharkan muflis … sekejap saja lepas tu beliau serah semula passport tapi tak ada yg mendengar …

Beliau pasrah …

Mcm2 ahli politik datang setiap kali pilihanraya … NGO pun ada yg datang tapi semuanya tak pernah kotakan janji. Ada orang politik yg tunjukkan cek rm30k bantuan atas nama beliau tapi beliau tak pernah terima duit tu … Ada yg janjikan geran 10k tapi beliau hanya di beri mesin soya yg hanya berharga RM2K …

Beliau pasrah namun Allah pertemukan beliau dengan abangraja hari ni setelah 35 tahun. Dulu sewaktu abangraja kecil, beliaulah yg shapes bentuk betis kaki palsu abangraja di bengkel daya kelang sekitar tahun 1990an.

Thidforce akan ikhtiarkan hamba Allah yg tak berdaya ini keluar dari status muflis dan akan hantar beliau ke mekah hujung tahun ni tunaikan umrah sbgai menjunjung pejuang keluarga yg di aniaya oleh sistem sosial kejam tak berhati perut kepada insan kurang upaya ini.

Abang azhar bg tau tadi beliau nak naik bukit uhud dgn tangan dan mengesot. Ya … Abangraja juga akan naik bersama berkaki palsu. Umrah hujung tahun ni insyaAllah.

Kita akan realisasikannya.

InsyaAllah ..

Saya Raja Shamri
Berkongsi secebis kisah kami
Orang Kurang Upaya
Di bumi “bertuah” bernama
MALAYSIA.

Sebarkan sejauhhh mungkin
Agar doa kita dari kesatuan hati orang baik2
Mampu mengubah sesuatu.

Sahabat2 keluarga besar thirdforce di insolvensi, di imigresyen, di pejabat tabung haji, di mekah dan di mana2 saja … Bantulah … Kalianpun tahu kan … Kalian boleh buat … Boleh … Pasti boleh …

InsyaAllah…

Attachments
  • thirdforce-bawa-abang-azhar-ke-mekah-3
  • thirdforce-bawa-abang-azhar-ke-mekah-1

Related Post

Leave us a reply

*

*