21 Mac 2017, petang ini sukarelawan ke rumah Ayah Mat di Kg Telipot, cabang 3 chengal pulas Pasir Puteh.

Update terkini baik pulih rumah ayah mat setakat ini bahan binaan seperti kayu, pasir batu dan lain-lain telah sampai.

Kerja-kerja memasang kerangka bumbung akan dilakukan nanti oleh pihak berkenaan. YB Gaal cikgu tuan lan telah menghubungi thirdforce utk sama2 bantu bina rumah ayah mat ini …

Semasa berbual-bual dengan ayah mat, beliau ada menyatakan tidurnya tidak selesa setiap kali hujan. Dengan berbumbungkan khemah usang dan zin buruk menyebabkan air menitis di tempat mereka sekeluarga.

Beliau berharap kerja-kerja baikpulih rumahnya dapat dipercepatkan.

Jom sama-sama kita membantu dan membeli saham akhirat masing-masing.

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan THIRDFORCE
Kg Telipot Pasir Puteh Kelantan

Attachments
  • update-baikpulih-rumah-ayah-mat-1

Related Post

Leave us a reply

*

*