Assalamualaikum Semua.
Salam kasih sayang

Pada minggu lepas kami wakil sukarelawan thirdforce di Daerah Jempol Negeri Sembilan telah mengunjungi satu keluarga yang sangat perlukan bantuan dan perhatian kita di Felda Serting Hilir 1, Bandar Seri Jempol. Maklumat tentang keluarga ini diterima melalui YDP PIBG sekolah semasa wakil 3rdforce berurusan dengannya untuk membantu anak-anak yang memerlukan di peringkat sekolah.

Asnaf (Isteri) hidup dalam keadaan serba dhaif bilamana suami terlibat dengan dadah.
Tanpa pendapatan tetap untuk sara makan minum anak yang semuanya masih bersekolah
Termasuk bil elektrik dan air yang tertunggak lama dan belum dijelaskan. Si ibu dan anak-anak ini menyewa rumah FELDA dengan bayaran Rm200 sebulan dan juga masih tertunggak.

Enam anak yang memerlukan bantuan kita seperti berikut :-

1.RABIATUL AQMA 14 TAHUN.
2. RABIATUL AJWA 14 TAHUN.
3. MUHAMMAD SYAHMI 12 TAHUN.
4. NUR AISYAH 10 TAHUN.
5. NUR ATIRAH 8 TAHUN.
6. NUR AINISYA 6 TAHUN.

Sewaktu kami tiba di rumah sewa mereka, kelihatan semua anak sedang tekun menyiapkan tugasan sekolah. Allah kurniakan kecerdikan pada anak-anak ini dan rajin belajar. Ini diakui oleh YDP PIBG sekolah yang turut bersama wakil 3rdforce pada hari itu.

Asnaf tersebut Puan ROZILAWATHY BT JAFFAR adalah mangsa keadaan dan beliau sedang berjuang bersendirian membesarkan anak-anak yang sangat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita semua. Kesempitan hidup yang dialaminya terutama memikirkan keperluan harian asas untuk anak-anak yang masih bersekolah menjadi keutamaan kita keluarga besar thirdforce untuk sama-sama membantu.

Bantuan khusus daripada mana-mana pihak belum pernah diterima oleh beliau termasuk dari JKM.

Antara plan bantuan yang kita cadangkan adalah seperti berikut :-

bercadang untuk melancarkan sumbangan keperluan asas

Jangka masa panjang:-

a) melantik keluarga angkat untuk program pembangunan bacaan al Quran kepada anak-anak&fardhu ain secara mingguan/bulanan atau penempatan asrama pakej untuk program persekolahan& alQuran
b) Create Halatuju pendidikan anak-anak ini dari Rendah, Menengah hingga Universiti
c) Tajaan Pendidikan secara bulanan hendak dilancarkan

ini adalah pelan bantuan komprehensif yang dirancangkan melibatkan jangka pendek dan panjang oleh Thirdforce Jempol.

bantuan segera

a) barangan dapur
b) menambah keperluan persekolahan anak-anak dari yang sedia ada seperti pakaian dan kasut
c) khidmat kaunseling dengan kerjasama sekolah( kerana krisis melibatkan ayahnya seorang penagih) anak-anak mereka mesti dibantu pembangunan emosi@diselamatkan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini bolehlah hubungi wakil thirdforce Jempol :-

Tn. Marzan : 0139807072
Cikgu Zul :0104032011
24 Mac 2017

#jomjadiorangbaikbaik
#togetherwearestronger
#3rdforceN9
#kamidijempol

Disediakan oleh:
Zulkarnain Mustapha.
ketua pegawai operasi.
Pusat Pendidikan Ibnu Razak(iREC).
The 3rdforce Jempol.

Attachments
  • asnaf-rozilawathy-2
  • asnaf-rozilawathy-1

Related Post

Leave us a reply

*

*