Pertama : Mintak dengan Allah. Mintak sungguh-sungguh. Bangun tahajud tgh malam menangislah. Mohonlah pertolongan dari yang maha pengasih, yang maha penyembuh dan maha penyayang.

Kedua: Pihak hospital kerajaan ada unit / jabatan sosial yang boleh bantu mereka yg tak mampu untuk dapatkan perkhidmatan perubatan.

Ketiga : JKM juga ada peruntukkan utk mereka yg sakit kronik.

Keempat : Pergi lagi dan mohon lagi dengan pusat zakat.

Yang bukak pintu hati makhluk untuk tolong kita adalah Allah.
Dampingi Allah. Allahlah yang maha agung yg maha penyelesai masalah kita. Pujuk hati untuk bersabar dengan permohonan bantuan yang di tolak kerna sesungguhnya Allah sedang menguji kita …

Sakit itu penghapus dosa dan asbab kita ke syurga
Bertahan dan teruskan berbicara.
Mohonlah lagi pada pusat zakat.
Biarlah berkali-kali di tolak.

InsyaAllah … jika benar2 kes yang genuine Allahlah yg akan buka pintu hati pegawai2 itu utk meluluskannya.

Jika masih tak dapat juga bantuan, senyum dan sabar.
Elakkan kebergantungan kepada makhluk.

Sesungguhnya Allahlah tempat pergantungan yang sebenar.
Jomm jadi orang baik-baik.

Biarlah orang lain nak jadi orang yang tak baik.
Tapi kita akan berusaha jadi orang baik-baik.
Jadi kakak yang baik.
Jadi abang yang baik.

InsyaAllah.

Related Post

Leave us a reply

*

*