Kembara Abe Raja bersama 1FootForward ke Bosnia Herzegovina
==================

Bosnia Herzegovina merupakan destinasi ketiga program kembara Abe Raja bersama 1footforward pada tahun 2017.

1Footforward merupakan satu platform bagi siri kembara yang di cetuskan oleh Abe Raja untuk bertujuan untuk menjelajah ke negara-negara tertentu atas 3 asas utama:

– menghayati keindahan alam semulajadi, budaya, makanan serta cara hidup dengan cara santai dan berkumpulan.

– beramal dengan menziarahi kelompok masyarakat Islam terutamanya yang agak kurang berkemampuan dengan menjalin hubungan rasmi antara NGO dibawah Abe Raja iaitu The 3rd Force dan NGO setempat. The 3rd Force berhasrat membuka jalan dan peluang kepada warga Malaysia yang berkemampuan untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan di mana sahaja mengikut sekadar termampu.

– mengabadikan catatan pengembaraan dalam bentuk rakaman video, gambar serta tulisan untuk perkongsian bersama agar gelombang Jom Jadi Orang Baik Baik dapat di sebar luaskan tanpa mengira ras bangsa atau sempadan negara.

Kembara ke Bosnia Herzegovina kali ini di ketuai oleh Abe Raja dan di sertai oleh Latfy (jurukamera professional yang juga Pengarah Media 3rd Force), Hariri (Pengarah Logistik 3rd Force) dan Helmi selaku Penyelia Program dan Hal Ehwal Antarabangsa 3rd Force.

Justeru itu kami mengajak segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama bersama kami di 1 Footforward dalam kembara kami kali ini dan seterusnya dengan mengikuti kembara kami secara langsung di:
* FB/RajaShamri
*www.1FootForward.com
* IG1footforwardtravel

Juga kami akan bersiaran langsung di Facebook setiap hari semasa di Bosnia bermula esok iaitu Sabtu kami akan bersiaran secara langsung pukul 9 pagi waktu Bosnia bersamaan pukul 4 petang waktu Malaysia.

Salam kasih dari kami di Bumi Bosnia Herzegovina.

Catatan Helmi dari hotel Sarajevo
30 Mac 2017
9.00 malam Sarajevo / 3.00 pagi Malaysia

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*