Catatan 1 # Travelog Kembara ke Bosnia Herzegovina
30 Mac – 8 April 2017
==================

Setelah beberapa ketika persiapan di buat, alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa, kami memulakan perjalanan perjalanan kami dari beberapa lokasi berasingan.

Abe Raja dan Hariri bertolak dari Pasir Puteh, Kelantan pada jam 4 petang dengan di iringi oleh ahli keluarga dan sukarelawan The 3rd Force serta kakitangan dan pengurusan Qashwa Travel Sdn Bhd yang menguruskan perjalanan program 1FootForward.

Helmi memulakan perjalanan dari Kuantan manakala Latfy bergerak dari kediamannya dari Ampang dan kami berkumpul di KLIA sekitar jam 6 petang semalam.

Ketibaan kami di KLIA di sambut oleh sukarelawan 3rd Force dari Kuala Lumpur iaitu Wan Lah dan sahabat lama Abe Raja iaitu Kapten Ahmad dari MAS yang baru selesai mengendalikan penerbangan dari Yangon, Myanmar.

Sebaik kaunter Emirates di buka jam 10 malam, kami bersegera beratur untuk urusan daftar masuk dan Alhamdulillah sekitar 11 malam semuanya selesai dengan kerjasama yang amat baik dari kakitangan Aero Darat dan juga Emirates.

Kami terus ke Terminal Satelit C untuk solat
dan makan malam sementara menantikan waktu ‘boarding’ pada jam 12.50 malam.

Tepat jam 12.45 malam penumpang mula di panggil masuk untuk pemeriksaan keselamatan dan sekitar jam 1 pagi kami telah berada dalam perut pesawat gergasi Airbus A380 menantikan waktu berlepas lagi 55 minit.

Ternyata kepenatan seharian perjalanan tidak mampu mengalahkan keterujaan menaiki pesawat gergasi ini. Sebaik selesai menikmati makan ringan malam (supper), kami terus di buai mimpi dengan perjalanan lancar menuju ke Dubai.

Catatan oleh Helmi
Terminal 3
Dubai International Airport
31 Mac @ 0600hrs

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*