1/4/17 Sabtu

Kg. Hutan Putih, Machang – pada 29/3/17 sukarelawan 3rdF Machang mendapat perkhabaran mengenai 1 kes asnaf di Kg Hutan Putih Machang. Makcik Yah yang bekerja sebagai penoreh getah untuk mencari rezeki terpaksa menjaga suaminya yang terlantar sakit akibat sakit tua. Makcik Yah selain itu turut menjaga ibunya yang sudah uzur dan seorang cucu. Oleh kerana keadaan suaminya yang tidak boleh ditinggalkan, makcik Yah tidak boleh melakukan apa2 pekerjaan dan tiada sumber lain untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Pada 30/03/17 sukarelawan 3rdF Machang iaitu Linda dan Ustaz Nazri telah menziarah Makcik Yah dan menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan asas serta sedikit duit poket hasil sumbangan penyumbang dan sukarelawan. Lebih menyedihkan Makcik Yah juga tidak dapat terlalu bergantung kepada anak anaknya kerana mereka juga menghadapi kekangan kewangan.

Hari ini 01/04/2017 sukarelawan dikhabarkan dengan berita yang suami Makcik Yah telahpun dijemput Ilahi kira-kira jam 10.00 pagi tadi. Sudilah kiranya disedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham Hj Sulaiman yang telahpun meninggalkan kita selama-lamanya. Kepada hamba Allah yg sudi membantu dan ingin sama-sama menyampaikan sumbangan kepada Makcik Yah sekeluarga, bolehlah menghubungi Pn. Linda 011-10714573 atau Ust. Nazri 019-9497041 yg lead kes ini.

Pn. Linda, 3rdF Machang

Attachments
  • suami-makcik-yah-meninggal-dunia-1

Related Post

Leave us a reply

*

*