ZIARAH ADIK KAMELIA

03.04.2017 Demit Kubang Kerian-Suatu ketika dahulu Adik Kamelia yang pernah di viralkan kisahnya dengan menulis sebuah nota kecil yang meluahkan kesusahan yang di hadapi oleh keluarganya. Mereka adik beradik terpaksa makan ubi rebus yang di tanam bahagian belakang rumah.

Sejak kisah Kamelia itu terpapar di berita Harian Metro ianya telah membuka mata rakyat Malaysia untuk membantu keluarga ini. Alhamdulillah THIRDFORCE bersetuju untuk memberi beberapa jenis bantuan untuk Adik   Kamelia sekeluarga antara bentuk bantuan yang di berikan ialah menyelesaikan yuran persekolahan, bantuan peralatan dan kelengkapan pakaian sekolah, basikal dan bantuan bahan binaan untuk baiki rumah. Bantuan tersebut Sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang di tanggung oleh Ayah Kamelia.

Hari ini kami sukarelawan 3rdForce telah menziarahi keluarga adik Kamelia untuk bertanyakan khabar terkini. Alhamdulillah adik Kamelia sekeluarga dalam keadaan sihat.

ziarah kami hari ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ikatan silaturahim antara 3rdForce dengan asnaf-asnaf yang pernah di bantu dahulu..

Kami membeli sedikit buah tangan untuk Kamelia adik beradik untuk memberi sedikit kegembiraan buat mereka dan juga sedikit sunbangan wang ringgit untuk ayah Kamelia bagi keperluan perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Sedikit pesanan kami untuk adik Kamelia “jadi anak yang baik, jaga solat, jaga adik-adik dan belajar bersungguh-sungguh..Bila sudah berjaya suatu hari nanti In Sha Allah tolong orang lain pula hehehe.”

Abang Raja berpesan supaya elakkan cetusan “Emotional Boanding” antara kita dengan asnaf..jangan sampai biarkan asnaf meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada kita. Bantu setakat mana yang kita mampu jee..jangan menjanjikan apa-apa kepada mereka. Kalau boleh kita didik mereka supaya berdikari…baru comel.

Laporan dari Adi
(Volunteers Thirdforce)

#WeAreTheTHIRDFORCE
#TogetherWeAreStronger
#JomJadiOrangBaikBaik

Attachments
  • ziarah-adik-kamelia-33
  • ziarah-adik-kamelia-1
  • ziarah-adik-kamelia

Related Post

Leave us a reply

*

*