USAHA MEMERDEKAN HAMBA KAPITALIS MANGSA PENGANIAYAAN : OKU abang izhar

# 3 April 2017
STAGE 1

6.30 am
Bergerak dari Ampang ke rumah Abang Izhar di Johan Setia Klang, sepanjang perjalanan hujan rahmat menemani…

8.30 am
bergerak dari rumah Abang Izhar menuju ke Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor

9.15 am
Sampai di menara MRCB yang mana pejabat Insolvensi terdapat disitu…kami naik ke tingkat 12 Macam biasa laa ramai juga orang yang blacklist datang hari ini … setelah mendapatkan nombor giliran, lebih Kurang 20 Minit kemudian kami dipanggil Oleh pegawai iaitu bertugas.

Kami pon mula berceritalah dalam bilik yang disediakan …Abang Izhar pon bercerita laa sepertimana yang Abg izhar cerita pada Abg raja pada post 21/3/2017 pada pegawai tersebut.

Banyak juga yang kami tidak tahu …kami di sarankan untuk dapatkan surat pengesahan dari JKM untuk membuktikan yang Abang Izhar ini salah seorang penerima bantuan JKM sebanyak RM 350 sebulan …dan kena isi semua borang yang diperlukan oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia bagi memudahkan membuka semula fail.

Setelah selesai disini kami ke JKM di Bangunan Darul Ehsan…

Alhamdulillah semua dipermudahkan Surat pengesahan pun dapat.

Dalam hati kami bagaimanalah Abang Izhar bergerak turun naik tangga dulu kesana kemari kena isi borang itu dan ini untuk fight kes ni. Takpelah … Kita sama2 bantu sekarang ya …

Terima kasih Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor dan JKM Selangor yang bnyk berikan bantuan dan permudahkan urusan hari ni.

Abang Izhar adalah OKU tanpa kedua belah kaki yang di tipu pemaju dan pihak bank dalam pembelian rumah kos rendah berharga RM21K satu masa dulu sehingga akhirnya di isytiharkan muflis. Isterinya juga lumpuh kedua belah kaki dan mereka kini tinggal menyewa bersama beban hutang yg dianiaya.

Penat dan putus asa dengan pelbagai janji dari pelbagai pihak untuk membantu tapi sekadar janji manis di bibir pilihanraya kini abg izhar teruskan hidup dgn menjual soya utk menanggung keluarga.

Abang izhar pernah dapat tawaran menunaikan umrah oleh sebuah syarikat tapi beliau tak dapat menyertainya kerana namanya blacklist di insolvensi.

Thirdforce hadir membantu asnaf ini untuk cuba melepaskan beliau dari belenggu penganiayaan sistem ekonomi kapitalis dan juga mengembalikan kemanusiaan dalam hidup Abang Izhar.

Doakan ya …

Laporan Wan Sahidallah
Sukarelawan 3rdforce

#AllahSatukanHatihatiKami
#JomJadiOrangBaikbaik

Nantikan STAGE 2 dari Bukit Beruntung

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*