

Assalamualaikum wbt/Salam Perpaduan
Update Kes Adik Muhd Redzuan
4 April 2017, Pekan PD – Sebak, sedih, terpaku dan bersemangat melihat betapa cekalnya Pn Noraini menjga anaknya Muhd Redzuan. Setia menanti di sisi anaknya setiap masa.
Sebentar tadi, kami 3rdForce PD menghantar katil , tilam dan bantal kepada Puan Noraini untuk membolehkan dirinya boleh berehat di katil yang selesa. Sebelum ini, hanya beralaskan tikar sahaja. Alhamdulillah , syukur atas nikmatnya kita dapat mengembirakan keluarga ini.
Bila saya bersembang-sembang dengan adik Redzuan, saya tersentuh hati apabila Iwan bercita-cita ingin ke Mekah dan ingin membawa ibunya bersama menunaikan haji. Terkedu saya, amat terkesan pada diri saya yang normal ini mendengar cita-cita besar adik Redzuan. Saya menahan sebak, begitu kerap dia memberitahu saya impian besarnya itu. Moga impiannnya akan terlaksana suatu hari nanti.
Insya Allah, kami 3rdForce PD akan membawa kedua-kedua insan hebat ini ke Tabung Haji PD pada 7 April, Jumaat ini untuk membuka akaun Tabung Haji mereka. Langkah demi langkah akan kami usahakan untuk membantu dua insan ini pergi ke Mekah suatu masa nanti. Moga dipermudahkan urusan kami mmbantunya.
Leave us a reply