GENDANG GENDUT TALI KECAPI
KENYANG PERUT SUKA HATI : KAMBING BAKAR JAJCE

Perjalanan menyusuri jalan berbukit sekali sekala menyusuri sungai indah agak terganggu oleh irama dari perut masing-masing ketika jam menunjukkan hampir pukul 2.00 petang.

Hampir 45 minit kemudian kami tiba di restoran yang di maksudkan.

Kecur liur melihat deretan 4 ekor kambing golek yang sedang di panggang dengan bauan harum dari rempah yang di gunakan semakin membuatkan kami bertambah lapar.

Rupanya kawasan ini memang terkenal dengan hidangan kambing golek dengan deretan kedai-kedai menjual menu yang sama.

Berbaloi kami menunggu.. Thumbs Up Menk!!

Masing-masing melayan hidangan kambing golek dengan sup panas di latari pemandangan yang indah di tepi tasik Jablanica.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke sebuah lokasi yang terkenal dengan kota kerajaan beraja Bosnia iaitu Jajce.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam setengah menempuhi jalan berliku di lereng bukit berkabus. Suhu ketika ini sekitar 15 Celcius.

Kami tiba di Jajce ketika matahari mula melabuhkan tirainya.

Kelibat air terjun yang terkenal di Jajce serta Windmill yang menjadi ikon seakan menarik-narik kaki untuk terus ke sana.

Namun hujan yang mula turun membuatkan kami memutuskan untuk terus ke hotel setelah badan mula terasa penat di tambah dengan kesejukan mula mencengkam tulang.

Laku Noc Jajce.. Selamat Malam Jajce.

Catatan Helmi
3 April @ 8.45 malam
Jajce

Attachments
  • gendang-gendut-tali-kecapi-2
  • gendang-gendut-tali-kecapi

Related Post

Leave us a reply

*

*