10 April 2017- Update projek bantuan membaiki rumah Pok Soh dan Mok Yam di kampung Bunut Redang, Pasir Puteh.

Untuk hari kedua ini tukang kita memulakan kerja membuat bim lantai serta memasang bata bahagian dinding dapur. Barang-barang yang lain seperti pintu, drill cermin, mangkuk tandas serta kerek sudah di bawa masuk.

Memandangkan keadaan setengah lantai papan rumah Pok Soh sudah ada yang reput maka Thirdforce juga bersetuju untuk mengantikannya dengan papan yang baru.

Tukang kita membuat sebuah bilik mandi kecil dengan berdindingkan zink bagi kegunaan Mok Yam dan Pok Soh untuk sementara waktu…Alhamdulillah kelihatan senyuman manis yang terukir di raut wajah Pok Soh. Mungkin itu menandakan kegembiraan yang di rasainya kerana mereka bakal menduduki dapur yang lebih selesa lagi yang di lengkapi dengan tandas dan bilik mandi.

Untuk perkembangan seterusnya Kita akan update projek bantuan Pok Soh dan Mok Yam ini dari Semasa ke semasa..in Sha Allah.

Beruntunglah kita semua yang turut terlibat sama-sama dalam program bantuan ini yang hanya bertujuan untuk mengambil saham akhirat masing-masing sahaja..

Jom bersama-sama Abang Raja serta ribuan lagi sukarelawan 3rdForce untuk terus istiqomah di dalam misi kerja-kerja kemanusian ini dan juga Jom kita sama-sama sebarkan mesej ajak orang buat baik-baik di seluruh pelusuk tempat tidak kira dalam atau luar Malaysia ini. kerana ramai lagi nasib saudara saudari kita yang masih lagi memerlukan bantuan daripada kita semua..mudah-mudahan tersebarnya gelombang Jom jadi orang baik baik ini akan ramai lagi nasib asnaf yang akan terus terbela..In Sha Allah

JOM TERUS SAMA-SAMA JADI ORANG YANG BAIK-BAIK..DAN JANGAN LUPA PADA MASA YANG SAMA AJAK ORANG LAIN PULAK..
BARU COMEYYY HEHEHE

Laporan Adi
Sukarelawan 3rdForce
Kg Bunut Redang Gaal
Pasir Puteh, Kelantan

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*