Update pembinaan rumah Nek Yam di kampung Bunut Rendang Pasir Puteh.

Alhamdulillah, hari ini adalah minggu kedua bagi kerja-kerja pembinaan rumah Nek Yam di kg.Bunut Rendang Gaal. tukang rumah kita bertungkus lumus memasang kerangka bumbung dan zink/ atap.

Keadaan cuaca yang tidak menentu  sedikit sebanyak mempengaruhi kerja-kerja pembinaan. Hari ni cuaca panas sangat. Walaupun panas terik namun tukang tetap bersemangat meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Kelihatan Nek Yam sudah tidak sabar untuk menunggu siap. Kerap kali juga dia turut bersama melihat sendiri kerja-kerja pembinaan rumahnya.

Kalau dulu, setiap kali raya rumahnya tidak seperti yang lain. Sanak-saudara hanya singgah sebentar sahaja kerana ruang yang sempit dan tidak selesa.

Insha’Allah kita akan usahakan untuk menyiapkan rumah ini sebelum menyambut bulan puasa.

Kita amat perlukan sokongan dari semua untuk terus bersemangat melakukan kerja-kerja kemanusiaan ini.

Teruskan membeli saham akhirat masing2 ya. Hubungi Ali : 017-242 8767 untuk sebarang pertanyaan berkaitan program bantuan Nek Yam ini.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*