Update pembinaan rumah Mok Yam dan Pok Soh Kampung Bunut Rendang Pasir Puteh.

Alhamdulillah, hari ini tukang-tukang kita dapat menyiapkan bahagian bumbung dan lantai rumah mok Yam. Malam ini boleh lah Mok Yam dan Pok Soh guna rumah ibu ini untuk tidur lena.

Hari ini juga saya sempat membawa  Pok Soh pergi melawat rumah lamanya di Kampung Sungai Gali yang sudah separuh bahagian telah roboh. Pergi sana dengan niat untuk mengambil pintu rumah lamanya untuk digunakan bagi menjimatkan kos, memandangkan pintu rumah Mok Yam yang sekarang ni sangat uzur.

InsyaAllah hari sabtu ni kerja-kerja “plaster” akan dimulakan. Saya kira dalam seminggu ni rumah Mok Yam dan Pok Soh dapat disiapkan sepenuhnya. Kerja yang belum disiapkan hanya tinggal kerja Paip, melantai konkrit, pendawaian dan mengecat bahagian dapur. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan pembinaan rumah Mok Yam dan Pok Soh ini

Kita amat perlukan sokongan dari semua untuk terus bersemangat melakukan kerja-kerja kemanusiaan ini.

Teruskan membeli saham akhirat masing2 ya. Hubungi Ali : 017-242 8767 untuk sebarang pertanyaan berkaitan program bantuan Nek Yam ini.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*