Info dari thirdforce PERAK :-

Ustaz Syed Sharim telah membuat perbincangan dengan Tn Hj Ramlan untuk menawarkan tempat belajar di Kompleks Pendidikan Manabi’ul Ulum kepada anak kedua bernama Aleeya, keluarga Asnaf dari Teluk Muruh.

Hari ini Pn Miza dan 3 anak dia dibawa ke  KPMU, Lekir untuk tengok fasiliti dan suasana di sana. Selepas lawatan bilik darjah dan asrama juga penerangan oleh Ustaz Syed Sharim, Aleeya akan daftar masuk menjadi pelajar pondok tak lama lagi.

Cikgu Shuhada Akhair menyampaikan rak makanan sumbangan pensyarah-pensyarah Unit Elektronik KV Seri Manjung Perak kepada keluarga Asnaf, Puan Miza dari Teluk Muruh.

Ustaz Syed Sharim yang bantu angkat kotak rak itu sebab Puan Miza masih belum pulih dari kecederaan yang dialami semasa kemalangan beberapa minggu yang lepas. Suami Pn Miza meninggal dunia pada tahun 2010 akibat kemalangan di Ayer Tawar.

Beliau ada 4 orang anak. Anak sulung, Asyraf, yang berumur 16 tahun telah berhenti sekolah tahun lepas. Anak yang kedua, Aleeya, berumur 13 tahun juga perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan pada pinggul (hip). Udin, 10 tahun, ada masalah dengan jantung dan perlu ke hospital di Ipoh untuk pemeriksaan dan rawatan. Anak yang bongsu, Asri berumur 8 tahun.

Puan Shuhada Akhair juga menyampaikan sumbangan wang daripada pensyarah-pensyarah dan pelajar kohort 2013 Unit Elektronik KV Seri Manjung Perak kepada keluarga Asnaf, Pn Miza dari Teluk Muruh.

Attachments
  • bantu-pendidikan-kepada-anak-miza-2
  • bantu-pendidikan-kepada-anak-miza-1

Related Post

Leave us a reply

*

*