Update pembinaan rumah Nek Yam di kampung Bunut Rendang.

Hari ini, para tukang kita bergerak awal pagi ke rumah Nek Yam dan Tok soh untuk menyambung kerja-kerja semalam yang tertunggak.

Alhamdulillah, bahagian bumbung, ikat bata sudah siap. Kini tinggal hanya beberapa bahagian sahaja lagi akan siap sepenuhnya.

Hari ini, tukang kita bertungkus-lumus  membuat kaki lima belakang rumah baru Nek Yam. Bekerja dengan penuh keikhlasan kadangkala membuatkan merasa lupa akan rasa penat lelah.

Manakala yang lain pula fokus untuk plaster dinding di bahagian dalam rumah. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk disiapkan kerana banyak lagi perlu diambil kira. Antaranya seperti memasang wiring, paip dan lain-lain.

Walaupun rumahnya tidak begitu besar, Nek Yam sudah cukup bersyukur dengan segala apa yang diterimanya.

Jika kita sedar, kehadiran asnaf-asnaf disekeliling kita mungkin ada hikmah. Ini adalah ujian kita, macam mana kita tangani atau biarkan saja. Apabila kita bantu permudahkan urusan orang lain, Insha’Allah,Allah akan permudahkan urusan kita.

Teruskan rebut saham akhirat masing-masing. Hubungi Ali : 017-242 8767 untuk sebarang pertanyaan berkaitan program bantuan Nek Yam ini.

Attachments
  • update-pembinaan-rumah-nek-yam-2-2
  • update-pembinaan-rumah-nek-yam-3

Related Post

Leave us a reply

*

*