Alhamdulillah selesai mengunjungi anak yatim dari keluarga asnaf di Kg Batu Hitam Pasir Puteh adik Syahirah membawa kiriman bantuan dari prof madya dr wan, ceo PSKT dan keluarga besar thirdforce yang lain.

Turut bersama pagi ni Datin Sharifah Noor dan rakan-rakannya, tok penghulu isey dan lain-lain.

Adik Shahirah yang bakal mendaftarkan diri di UITM Perak ahad nanti adalah pelajar cemerlang SPM 2016 dulu. Ibunya hanya menjual kuih dan keadaan ekonomi keluarga menjadikan impiannya untuk sambung belajar hampir terkubur.

Semalam kita sama-sama bantu selesaikan yuran UITM sebanyak RM700 lebih. Mungkin lepas ni mana-mana keluarga besar thirdforce, kakitangan UITM perak boleh bantu untuk dapatkan pengurangan kadar yuran kepada anak yatim ini.

Thirdforce juga bersetuju untuk membantu menghantar adik Shahirah mendaftar nanti dengan van Anak Prihatin Thirdforce.

Semuanya insyaAllah boleh kita lakukan bila kita semua bersatu hati …

Jommmm rebutkan saham akhirat masing2.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Attachments
  • ceo-pskt-beri-sumbangan-kepada-shahirah-1
  • ceo-pskt-beri-sumbangan-kepada-shahirah

Related Post

Leave us a reply

*

*