19/5/2017 (6.30pm -12.00am)
Lokasi : Bandar Tawau

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK LELUHUR NUSANTARA NEGERI SABAH (PERKALAS)

“PROGRAM DAPUR SYURGA”

Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk berkongsi rezeki kepada sahabat-sahabat homeless @ gelandangan pada malam ini.

Proses penyediaan makanan kepada mereka yang memerlukan

Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh sukarelawan PERKALAS, adik-adik belia TRV6, adik-adik Kolej Komuniti Tawau, sahabat-sahabat daripada ahli jawatankuasa Masjid Az-Zaeemah Bandar Sri Indah Tawau di bawah pimpinan Cikgu Arbin, cikgu Asri dan para sahabat PERKALAS yang sudi berkorban tenaga, masa, dan wang tinggit untuk menjayakan program ini.

Semoga apa yang dilalui malam ini akan melahirkan keinsafan dan rasa syukur dengan limpah rezeki yang Allah berikan.

Kami dari PERKALAS berharap program-program sebegini semakin subur dalam kalangan masyarakat Sabah khususnya Tawau untuk saling peduli kepada golongan fakir miskin di sekitar kita.

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Cikgu Kahar Huseng
Thirdforce
Tawau Sabah

Attachments
  • program-dapur-syurga-di-bandar-tawau

Related Post

Leave us a reply

*

*