20/5/2017, Lokasi : Bandaraya Sandakan, Sabah.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK LELUHUR NUSANTARA NEGERI SABAH (PERKALAS)

“PROGRAM DAPUR SYURGA”

Tidur tak beralas, Tiada selimut untuk menutupi badan, anak kecil tidur terlantar di tepi bangunan, warga emas yang beralas kotak menumpang tidur di masjid, 1001 kisah hidup manusia yang terpapar di depan mata yang juga terkandung jutaan hikmah yang boleh dikutip JIKA KITA MAHU BERFIKIR DAN MERENUNG.

antara sukarelawan yang turun padang untuk turut sama-sama menyumbang tenaga bagi memberi makana kepada mereka yang berkenaan din Bandar Sandakan

Sekarang kita serba cukup. Mahu makan ¬†Alhamdulillah siap boleh tukar menu setiap hari. Alhamdulillah kita masih boleh tidur lena di tilam yang empuk. Kerja atau perniagaan Alhamdulillah masih boleh mensejahterakan keluarga. Saat ini nak masuk bulan Ramadhan tempahan baju raya, kuih muih raya, perabot baru, langsir baru malah ada tukar kereta baru…adakah itu salah ?????tak salah itu usaha keras kita selama ini…Yang salah JIKA KITA TIDAK MENYEDARI DI SEBALIK KENIKMATAN ITU SEBENARNYA UJIAN UNTUK KITA…Samada kita mahu bersyukur atau sebaliknya…Kisah Qarun JANGAN PERNAH KITA LUPAKAN SAUDARA-SAUDARA…..

berikut antara masakan yang telah disediakan oleh Sukarelawan yang terlibat untuk di agihkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Bandar Sandakan

Bagi mereka yang saat ini tidak bekerja, pendapatan sangat sempit, keluarga hidup berantakan, semua serba rasanya kurang, mau tidur malam susah disebabkan kepala otak berserabut, anak-anak degil, menderita penyakit, perniagaan baru maju sedikit sepantas kilat jatuh teruk Sedarilah Allah memberi anda peluang jika ingin MEMBUKA MATA, MEMBUKA MINDA dan HATI ada JALAN keluar dari permasalahan itu. Apakah jalan itu ????Jawapannya ialah SEDEKAH Keluarkanlah…KITA TAK PUTUS MEMINTA YANG TERBAIK DENGAN TUHAN…TAPI SAYANG KITA MEMBERI ATAU MEMBANTU MAKHLUK TUHAN MASIH JARANG KITA BUAT ATAU BUAT SEPERTI MELEPAS BATUK DI TANGGA…

Terima kasih semua sahabat-sahabat PERKALAS Sandakan dan PERKALAS Kota Kinabalu atas usahanya malam ini. Semoga sentiasa istiqamah. Semoga usaha kecil kita ini menjadi asbab kemakmuran negeri kita yang tercinta.

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Cikgu Kahar Huseng
Thirdforce Tawau
Sabah

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*