Seri Iskandar, 21 Mei – Hari ini sukarelawan kita membantu adik syahira mendaftar sebagai pelajar diploma di Uitm Seri Iskandar. Pada jam 7.15 kami cek out dari homestay yang terletak kira-kira 15km dari kampus Uitm.

Para Fesilitator bersama-sama membantu untuk menunjukkan bilik kepada Adik Shahirah

Kita betolak awal dengan tujuan supaya tidak perlu beratur lama. Tapi kita merancang, perancangan Allah itu lebih baik. Pihak Uitm telah terlebih awal bersedia menerima adik syahira. Kami di sambut sendiri oleh Puan Manisah, kaunselor Uitm yang lebih mesra dengan pangilan umi bersama-sama saketriat yang bertugas pada hari ini.

Bermula dari mencari kolej kediaman, kami di iringi oleh abg meor, petugas trafik menuju ke Kolej Seri Cempaka. Mendapat parkir vip, pendaftaran tanpa perlu beratur lama, bilik yang selesa, semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Kami yang secara sukarela menghantar adik syahira sangat terharu dengan layanan yang diberikan oleh pihak Uitm yang sama-sama menyertai gelombang orang baik- baik ini dan sangup bertungkus lumus membuat kerja sukarela seperti ini. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

sukarelawan TF membantu mempermudahkan urusan Adik Shahirah

Jutaan terima kasih kepada pihak Uitm kerana memberi kemudahan kepada adik syahira dan wakil 3rd Force. Terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dengan kes- kes seperti ini.

Semoga kita semua dapat berjiran d syurga Allah nanti. Teruskan usaha kita untuk menjadi orang baik-baik dalam cara kita sendiri, kemampuan kita, dan kapasiti kita masing-masing.

Insya Allah…

Kredit kepada-

Pn Che Manisah Mohd Yusof @ Umi (pegawai psikologi kanan UiTM Perak)

1. Abdillah Azizi Abdul Mu’en (Ketua Biro protokol Minggu Destini Siswa UiTM Perak)
2.Nur Syarafana bt Abdul Aziz (Timbalan Ketua Biro Protokol)
3. Nurul Asyiqin Rosli
4. Nor Farzana binti Mujar
5.Syaza Syahira Binti Paimin
6.AHMAD MUQRI BIN ZAMZAM
7. Mohammad Amirull Hakim bin Zulkifle
8. Muhammad Wasil Irfan bin Mohd Hanafi
9. Mohd Nasriq bin Junaidi

Loporan dari safuan dan fariq
Sukarelawan The 3rd Force

Attachments
  • semoga-adik-shahirah-berjaya-1
  • semoga-adik-shahirah-berjaya

Related Post

Leave us a reply

*

*