Tarikh : 29/5/2017
Lokasi : Pusat Pelupusan sampah, Bukit Gemuk dan Madrasa Darul Hidayah Kg Sg Imam, Tawau, Sabah.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK LELUHUR NUSANTARA NEGERI SABAH (PERKALAS)

“Edaran juadah berbuka puasa”

“Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar.” (QS. Al Hadiid: 7)

Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk kita berkongsi rezeki kepada sahabat-sahabat buruh di tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk. Tempat yang sangat jijik di mata orang lain tapi disitulah tempat meneruskan kehidupan bagi puluhan fakir miskin.

Selepas itu misi berbagi rezeki diteruskan dengan singgah berama mesra dengan adik-adik di Madrasah Darul Hidayah Kampung Sungai Imam Tawau, Sabah.

Dua tempat yang sangat jauh berbeza. Ibarat warna Hitam dan putih. Ramai orang memilih putih untuk hidup sehingga SI HITAM terbuang dan tersisi. Tapi di mata Tuhan Hitam dan putih itu tiada beza. Selagi iktikad dan niat kita semata-mata untuk Allah hal warna atau keadaan itu lebur bersama keikhlasan masing-masing.

Terima kasih kepada seluruh keluarga besar PERKALAS & THE 3rd FORCE. Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan anda semua.

Jom jadi orang baik-baik

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Saya Kahar Huseng
Thirdforce Tawau
Sabah

Attachments
  • memberi-juadah-berbuka-puasa-2
  • memberi-juadah-berbuka-puasa

Related Post

Leave us a reply

*

*