31 Mei 2017, lokasi pertama, Team kami juga melawati keluarga Asnaf di No. 38 KDSK.

Fatimah bt Mt Noor berumur 42 tahun telah mendapat serangan strok akibat tekanan darah rendah. Dia sering kali pengsan dan sakit kepala. Ada 6 orang anak. Anak sulung yang berumur 21 thn sedang mencari kerja. Yang bongsu 6 tahun. Suami Pn. Fatimah kerja sebagai tukang potong rumput.

Dia jarang bagi duit utk sara keluarga. Kak Rapiah yg kerja cleaner telah maklum pd rakan sekerja di Kolej Vokasional dan mereka pernah hantar makanan utk keluarga ini.

Lokasi ke dua, Petang semalam 5 sukarelawan TF Perak telah pergi ke Kolej Perikanan di Kg Acheh untuk menyampaikan Pek Ramadhan kepada Encik Zamzuri yang kerja sebagai guard di sana.

Beliau dan keluarganya kehilangan semua semasa rumah mereka terbakar pada bulan lepas, hanya tinggal sehelai sepinggang. Encik Zamzuri, isterinya dan anak lelaki yang berumur 7 tahun sekarang tinggal di rumah sewa.

Kami bercadang untuk pergi ke rumah Encik Zamzuri pada masa yang terdekat untuk hantar pakaisn yg telah di hantar oleh Encik Huzaini. Team saya akan pilih pakaian yang elok dan sesuai dgn saiz ahli keluarga ini.

lokasi ke-3, Setelah mendapat maklumat maahad tahfiz anak yatim di Baling ini belum ada sesiapa datang menyantuni mereka di bulan ramadan ni sepantas kilat Pak Hashim dari thirdforce perak terus mendapatkan saki baki pek ramadan dan memecut ke sana.

Subhanallahhhh … Tahniah pak hashim.
Terima kasih keluarga besar thirdforce.

Saham akhirat utk kita semua

Attachments
  • thirdforce-perak-agihan-pek-ramadan-1
  • thirdforce-perak-agihan-pek-ramadan

Related Post

Leave us a reply

*

*