“MAAFLAH TOK TAK LARAT NAK BANGUN, DAH 2 HARI TOK DGN AIMAN DEMAM”- NENEK ISMA.

SELASA, 30 MEI 2017 – 3rdForcePs kali ini ditemani wartawan akhbar NST, Pn. Ili yang ingin turut serta menyantuni asnaf dan menyelami sendiri kisah hidup Nenek Aisyah di Kangar sambil menyerahkan pek Ramadhan kepada nenek Aisyah. Nenek Aisyah memberitahu dia x dapat berdiri & menyambut kehadiran kami kerana beliau sakit urat sejak beberapa minggu yg lalu. Anak nenek Aisyah yg menetap di Santan turut berada di rumah nenek Aisyah memandangkan kesihatan nenek Aisyah. Seanjang Bulan Ramadhan, juadah berbuka puasa nenek Aisyah disedia kan oleh menantu beliau.

Team 3rdForcePs menuju ke rumah sewa Abg. Chik di Kangar untuk menyampaikan sumbangan pek Ramadhan. Abg. Chik berpindah ke Kangar kerana kesihatan ayah Abg. Chik menyebabkan beliau harus berulang alik ke hospital. Dari penceritaan Abg. Chik, pembuluh darah di paha ayah Abg. Chik pecah & mengalami bengkak yg serius.

Lokasi rumah sewa Abg. Chik turut memudahkan anak anak untuk ke sekolah berbanding di rumah lama dimana anak anak terpaksa mengharungi jalan becak setiap kali cuaca hujan. Akhir sekali, team 3rdForcePs menuju je rumah En.Sufian di Kg. Bukit Papan untuk menyampaikan pek Ramadhan.

Aktiviti hari ini diteruskan dengan membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan Kuala Perlis untuk dikongsi bersama asnaf 3rdForcePs di sekitar Kg.Wai iaitu En.Deraman, En.Azmi, En. Shabudin, nenek Isma & En.Sufian. Kehadiran kami bersama juadah disambut dgn senyuman kegembiraan anak anak mereka.

Ketika kami tiba di rumah nenek Isma, nenek Isma & cucunya Aiman terbaring lesu kerana demam sejak beberapa hari yg lalu. Hanya terdapat 2 jenis kuih di tepi tilam nenek Isma untuk berbuka puasa. Khabarnya mereka akan ke klinik selepas berbuka.

Memandangkan En.Sufian tiada di rumah pada hari ni, kami mengambil keputusan untuk berbuka bersama isteri & anak anak En.Sufian. IsterI En. Sufian menyediakan bebrapa juadah berbuka & kami turut berkongsi juadah yg telah dibeli di bazar Ramadhan tadi.

Terima kasih kepada semua penyumbang.

📌Kes Abg Chik, Kg Bukit Papan
https://m.facebook.com/story.php…

📌Kes Sofian, Kg Bukit Papan
https://m.facebook.com/story.php…

📌Kes Nenek Aisyah, Kangar
https://m.facebook.com/story.php…

Kes Nenek Isma
https://m.facebook.com/story.php…

TF Azizah, TF Fifa, TF Fazira, TF Asyraf

Attachments
  • thirdforce-perlis-agihan-pek-ramadan-2
  • thirdforce-perlis-agihan-pek-ramadan-1

Related Post

Leave us a reply

*

*