Fasa ke-2 Pek Ramadan diteruskan.

Petang ini, sukarelawan meneruskan proses penghantaran Pek Ramadan kepada wakil THIRDFORCE Mat Jani, di Kuala Krai. Mat Jani merupakan antara Sukarelawan yang terawal bersama dengan gerakan kemanusiaan ini semasa banjir besar ‘Bah Kuning’ 2014.

Pek Ramadan ini akan diedarkan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan di Kg Mambong dan Kg Bahagia. Kebanyakan penerima pek ramadan ini terdiri daripada golongan miskin, anak yatim, dan warga emas.

Terima kasih kepada wakil Thirdforce dan semua penyumbang yang bersama-sama keluarga besar THIRDFORCE bagi menyebarkan gelombang jom jadi orang baik-baik sejauh mungkin.

Insya Allah….

Jomm sertai kami dan beribu lagi keluarga besar The 3rd Force.

Laporan disediakan oleh
Muahamad Hariri
Sukarelawan 3rd Force

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*