Hati sebak melihat gambar yang dikirimkan sukarelawan agihan pek Ramadan kepada Nenek Ramlah warga emas 76 tahun yang kita semua sama-sama bantu menyumbang untuk membina rumah untuknya dulu.

Nenek Ramlah sebelum itu yang hidup dalam pondok usang berdindingkan banner, zink buruk dan plastik kita temui di Kg Tengah Batu Balai Kuala Krai

Sudah lama nenek berada dalam pondok buruk itu setelah rumah lamanya hangus dalam satu kebakaran.

Berikut rumah lama Nenek Ramlah yang pada mula-mula pihak 3rd Force temui.

Sumbangan kalian semua keluarga besar thirdforce telah membolehkan kita siapkan sebuah rumah yang sempurna untuk nenek yang hidup sebatang kara menumpang kasih cucu tirinya yang juga seorang asnaf yang ada seorang anak OKU.

Agihan pek ramadan pada nenek ramlah adalah penghubung kasih sayang kita semua tentang isu kemanusiaan yang ada dlm negara kita. Semoga nenek sentiasa dilindungi Allah.

Sayang nenek sangat2 .

Attachments
  • pek-ramadan-untuk-nenek-ramlah-2
  • pek-ramadan-untuk-nenek-ramlah

Related Post

Leave us a reply

*

*